Salam pertemuan semua.
Jangan lak terkejut or tersalah anggap mengenai tajuk tu.Jangan risau,belum masanya nak bernikah.LOL. Tajuk kat atas tu merupakan tajuk buku.Saje je nak bedah buku karya Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni. Antara bestseller beliau adelah buku La Tahzan(Jangan bersedih).
Saje je nak berkongsi ngan antum semua mengenai petunjuk Nabi s.a.w dalam beramar ma'aruf nahi mungkar di bawah chapter 16 buku nih.
- Petunjuk petama baginda adalah menyeru kepada akidah terlebih dahulu.
Orang yang sefikrah dengan kita akan senang memahami objektif dakawah yang ingin disampaikan.
- Petunjuk kedua adalah memulakan dakwah kepada kerabat sendiri terlebih dahulu.
- petunjuk yang ketiga adalah bersikap lembut dan lunak.
"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. "(3:159)
Rasanya,semua orang setuju kot kalau menggunakan kaedah lembut dalam menarik orang beramar ma'aruf dan nahi mungkar. Sekeras2 hati manusia, kalau sentuhan Tarbiah itu kena pada masa dan tempatnya, nescaya akan cairlah batu tu.Sebabnya,fitrah manusia sememangnya kepada kebaikan.Cuba la tnya smua org,spe yg nk msk neraka atas kejahatannya?msti takde pnye.
Kita bayangkan la ada dua buah pokok.Satu pokok yang keras lagi tegap lagi tinggi.Satu lagi pokok buluh yang kecik. Kalau la kedua2 ditiup angin yang sangat kencang,yang mana akan mudah hancur? Semestinya pokok besar sbbnya ia mnggunakan kkerasan badannya menahan angin kencang itu,dan akhrnya,tumbang ke bumi.Manakala, pokok buluh yang kecik tu mempunyai sifat kelunturan badannya untuk menyesuaikan dirinya dengan tiupan angin. Ia tidak akan tumbang sepertimana pokok yang besar itu tadi.
Apa yang nak dikaitkan adalah,kalaula kita berdakwah dengan kekerasan,hati mad'u akan mudah rebah.Kalaulah kita berdakwah dengan kelembutan, insyaAllah hati mad'u akan berpusing2 ibarat pokok buluh.
3 comment(s):
Mana Rating.Dude without ratting its not a review lah. :-)
its not about the whole book lorh dude..im just telling a chapter only.
so no need for rating.:P
waahh
Post a Comment