Sedihnya melihat umat Islam sekarang dilanda dengan pemikiran-pemikiran Barat, di mana nilai-nilai keIslaman itu sendiri telah ditolak tepi.
Mungkin,ini adalah kesan Sekularisme yang didokong oleh pemikir2 barat untuk melemahkan umat Islam. Bagaimana pula kita perlu pisahkan ilmu dunia dengan ilmu akhirat sedangkan Islam itu syumul?
Mungkin pernah anda terdengar,kebanyakan masyarakat akan berasa pelik sekiranya seseorang itu tiba2 sahaja berubah menjadi baik-banyak solat malam,baca Al-Quran dsbnya.Pekara pertama yang akan difikirkan adalah 'Adakah si polan ini sudah ikut mana2 jamaah ekstrimis?ini bahaya nih'.(Mungkin saya salah,tapi rase2nya ada kot orang beranggapan sebegitu).
Perlukah kita berasa pelik apabila benda baik berlaku?Adakah kita sudah lali dengan maksiat yang berlaku di depan mata?kita sudah beranggapan bahawa couple itu perkara biasa.Adakah kita sudah lupa hadis ke 34 di dalam hadis Arba'in karangan Imam Nawawi?
"Barangsiapa di antara kalian melihat sesuatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya;jika tidak mampu maka dengan lisannya;dan jika tidak mampu maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman".
Jelas tercatat di situ,jika kita tidak membenci sesuatu maksiat,cuba kita check balik iman kita.Kalau membenci maksiat itu selemah2 iman,apatah lagi orang yang cuma lihat dan tiada tindakan.
Bak kata Dr.Asri di dalam Pena Mufti ahad lepas, zina sekarang lebih mudah berbanding nikah. Cinta sebelum kawin,adalah biasa di kalangan umat Islam kini.Inilah rencah2 Barat yang ditaburkan melalui media.Kita perlu kenal seseorang itu(bercinta) sebelum kahwin.
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu."(Al-baqarah:120)
Di dalam ayat tersebut,milah merujuk bukan hanya pada agama,tetapi pada cara mereka hidup.
Jelas sekali,ramai wanita kini terpengaruh dengan kebanyakan iklan syampu rambut."Serlahkan kecantikan mu" dengan menayangkan rambut yang cantik di-rebonding.
Islam sangat2 menjaga wanita.Kecantikan wanita perlulah dijaga dari pandangan orang.Ibaratnya,kita menjaga barang perhiasan kita.Tak kan lah kita nak pakai rantai 10juta ringgit ke pasar.Mahu je free2 kena ragut.Rantai itu kita hanya tunjukkan pada occasion2 yang istimewa sahaja.
Jika ingin dijelaskan segala masalah umat,memanglah tidak termampu.
Bagi saya,jika kita mahu memimpin kembali umat Islam,hendaklah dimulakan dahulu dengan Tarbiah.Tarbiah dulu diri kita.Perbaiki diri kita sendiri.Banyakkanlah ibadat kepada Allah.Jaga hubungan dengan Allah barulah jaga hubungan dengan manusia.
Islam itu bukanlah hanya pada ritual itu sahaja. Ia adalah syumul(lengkap).
p/s:Post ini adalah untuk menasihati diri sendiri dan sahabat2 yang lain. Jika nampak saya melakukan perkara yang tak patut,nasihat la diri ini.Kita kadangkala lupa.
SUDAH JAWAB TAPI TAK SEND
5 years ago
1 comment(s):
serlahkan kecantikkkan mu~~
hahah...
gune lah tummy trim..
haha byk giler advertismnt yg gunnkan kecantikkn wanita sbgai tarikan..^_^
Post a Comment