BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 11, 2010

Universiti Teknologi PETRONAS

Dewasa kini, umum mengetahui mengenai sebuah universiti yang kini hangat dibincangkan di dada akhbar. Siapa yang tidak tahu mengenai sebuah universiti yang dilabel penipu dan juga dikatakan pilihanrayanya lesu ibarat hidup segan mati tak mahu?


Isu #1
Utusan Malaysia yang kehabisan berita(agaknya) mengeluarkan suatu berita yang melabel pelajar2 UTP penipu.Ia adalah disebabkan pelajar2 menipu(bijak la jugak dapat tipu akhbar tempatan) ruangan salam perantauan di mana pelajar2 tahun akhir mengambil gambar dan claim mereka sebagai pelajar daripada universiti dekat Toronto (Tronoh)

Isunya, penulis itu melabel penyalahgunaan teknologi yang dilakukan oleh pelajar masa kini terhadap ruang salam perantauan.Pelajar2 ini dikatakan nakal kerana mengenakan pihak editorial Utusan Malaysia.Tapi, selayaknya mereka lebih arif mengenai mencari sumber2 yang sahih.Apakah selama ini isu yang disiarkan di akhbar tidak pernah di-verify kesahihannya?Mereka kan dah pro dalam mende ni,tak kan salam perantauan boleh kene tipu kot.

Secara jujurnya,dulu masa zaman foundation ada gak terfikir nak wat camtu sebab UTP ni memang cantik macam dekat universiti luar negara.Tapi saya dah matang.


Isu #2
Seorang pelajar UTP menulis di ruang surat pembaca mengenai isu pilihanraya di UTP yang lesu dan tidak menarik.Ya, boleh diakui memang pilihanraya kali ni lagi lesu daripada tahun sebelumnya.Saya langsung tak turun mengundi.

Hari tu ada la bincang sikit dengan kawan pasal calon2 pilihanraya ni.Dia cakap dia tertarik dengan 2 calon sahaja.Malangnya dia tidak mengundi, sebab dia nak undi 2 orang je.Sistem undian mengatakan kalau tidak pilih 5 maka undi itu rosak.Macam tahun lepas, saya nak undi sorang je, tapi terpaksa tick 4 yang lain sebab tak nak undi tu rosak.Maka, 4 calon yang saya rasa tidak layak terima vote saya dapat percuma undi tu.Dorang menang free plak tu.Calon saya nak tu kalah.Memang konsiparasi betol pilihanraya UTP nih.

Pada hemat saya, sistem undian perlulah diubah.Satu orang satu vote.Barulahh betol2 mencabar.Kalau tak nanti semua orang menang free.Senang la bagi satu badan aktiviti pelajar UTP tuuu,die taruk 5 calon, at least pasti ada yang menang.

3 comment(s):

Nash Nordin said...

Mak g check tgk mke anak dia ada ke x XDD

Balqis Riza said...

I no longer read Utusan Meloya. Lets read Sinar. Better.

eyman hykal said...

MPP yang terlantik patut cadangkan pada pihak UTP agar ubah cara undi pukal cam tu. Proact. Kena bagi tau MPP baru hal ini agar tahun depan, pilihanraya UTP tak lesu lagi.