BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 27, 2010

Pemansuhan UPSR dan PMR

Penilaian kerajaan yang ingin memansuhakn UPSR dan PMR semata-mata untuk menukar sistem pendidikan yang terlalu exam-oriented adalah tidak munasabah bagi hemat ini.


Memang sepatutnya pemikiran exam-oriented itu seharusnya dikikis,sebab anak-anak sekarang dihantar belajar semata-mata hanya untuk score A di dalam subjek-subjek yang dikehendaki.Tak habis dengan tuition,gerak-gempur,kelas tambahan,program mentor-mantee dan macam-macam lagi dilakukan semata-mata ingin meningkatkan prestasi pelajar dan seterusnya meningkatkan nama baik sekolah.

Kalau tanya mereka mengapa belajar memang boleh dikatakan ramai akan jawab sebab cikgu,ibu-bapa,sekolah suruh.Mereka seharusnya ade perasaan curious ataupon eager untuk belajar supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan.

Maka seharusnya peperiksaan dikekalkan bagi mengetahui tahap kemajuan dan tahap kemahiran murid di dalam sesuatu pelajaran.Yang perlu ditukar adalah cara pengajaran dan pembelajaran sistem pendidikan Malaysia.Kalau takde peperiksaan umum macam mana nak nilai kemasukan ke asrama penuh.

Habis lingkup Malaysia kalau lepas ni nak masuk SBP/MRSM kene pakai kabel/orang dalam sebab dah takde ukuran.Huru hara 2020.

Apa-apa pon layan lah 3idiots.


p/s:Sekarang program score-A apa barang?pasaran tahun depan boleh lingkup kalau kerajaan teruskan agenda mereka.