BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 15, 2010

15th of June

Salam to all readers!


Rasanya suma tau kan tarikh ini(xabes2 blogger ni promote).Yee..ianya adalah hari jadi saya yang ke-20.Sudah mencecah 20-an dan ini merupakan satu pencapaian yang baik(ohhh dah tua rupanyaa).Mungkin dah boleh dikategorikan sebagai remaja-dewasa?Beberapa tahun lepas ni mesti dah kerja,ada kereta,rumah,kahwin dan kemudian ada anak dan sebagainya.Fuhhhh!Memang dah nak dewasa!Cepat betol masa berlalu.

Berbalik kepada hari jadi,ingin saya kongsikan disebalik kelahiran insan bernama Mohamad Haikal ini,terdapat suatu lagi insan yang lebih utama disebalik insan ini(saya la tu).Yaa..ianya adalah ibu saya.Jika tidak beliau yang menanggung segala kepayahan dan kesusahan didalam mengandungkan diri ini,tidak mungkin saya dapat melihat keindahan ciptaanNya.Tidak kurang juga jasa yang diberikan oleh ayah saya yang terpaksa bekerja keras demi membesarkan anaknya yang nakal ini.

Jadi,di sebalik keraian hari jadi ini,saya ingin meluahkan ribuan,jutaan,trillion-an yang tidak terhingga(infinity) kepada ibu saya.Beliau banyak mengajar dan mendidik anak lelaki keduanya ini yang dahulunya sangat nakal dan tidak pandai.Banyak pengorbanan telah beliau curahkan kepada saya dan saya tahu beliau sangat sayangkan anak-anak beliau.

Memang benar orang cakap,kata-kata tidak dapat mengambarkan betapa hebatnya sesorang individu itu,kena lihat sendiri(Mungkin jugak saya ni tidak ada bakat menulis seperti bapa saya.He3).Apa-apa pun,haris sayang emak banyak-banyak dunia akhirat.

Walaupon haris sering mengunci kata,hati tetap berbicara.

Bila difikir-fikir balik,sepatutnya hari jadi merupakan hari dimana anak memberikan hadiah kepada ibunya kerana kesusahan ditanggungnya.

Dan tidak kurang juga,hari jadi sepatutnya menjadikan seseorang itu lebih bersyukur dan menangis kepada Allah.Sesungguhnya DIA lah yang meniupkan roh dan menciptakan diri ini dari setitis mani yang hina,dan kemudian menjadi sel,tisu,organ,sistem dan kemudian diri ini.Astaghfirullahalazim....diri ini banyak berdosa di muka bumi ini.


doa 1:Ya Allah ya Tuhan ku,KAU rahmatilah ibuku ini,tempatkanlah beliau bersama golongan orang-orang yang beriman dan Soleh.KAU masukkanlah ibuku didalam Jannah MU Ya Allah.KAU kasihanilah beliau sepertimana beliau mengasihani diriku ini Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim.

doa2:Ya Allah ya Tuhan ku,KAU ampunilah dosa-dosaku ini kerana aku tidak layak ke syurgaMu dan aku takut untuk ke nerakaMu.Maka,Ya Ghaffar,Ya Ghaffur,KAU ampunilah dosa-dosaku yang banyak ibarat pasir di pantai.KAU kurniakanlah Taufiq dan Hidayah di dalam diri ini.

AMEEEENNN YA RABAL ALAMIN

1 comment(s):

fiqie said...

amiiinn :)