BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 24, 2010

Ilmu

Tatkala saya sedang menelaah pelajaran untuk test yang bakal menjelang minggu hadapan,tiba-tiba muncul suatu persoalan,apakah itu Ilmu?


Mengikut sumber yang tidak lah begitu kukuh,Wikipedia(#1 pop di google), Ilmu adalah seluruh usaha untuk menyelidiki, menemukan dan meningkatkan pemahaman manusia dari berbagai segi kenyataan dalam alam manusia.

Dari segi bahasa Arab, ilmu bermaksud memahami, mengerti atau mengetahui. Mengikut wikipedia lagi, ilmu adalah pengetahuan khusus dimana seseorang mengetahui apa penyebab sesuatu dan mengapa. Ilmu perlulah melalui persyaratannya iaitu ilmu mestilah mempunyai objektif, metodis atau kaedah, sistematik dan universal.

Umum mengetahui bahawa ilmu perlulah berlandaskan sumber-sumber yang kukuh dan terbukti kebenarannya seperti contoh Al-Quran dan As-Sunnah.Ilmu juga perlu diselidik kesahihannya dan juga siapa yang mengajarkannya.Ilmu itu tidak boleh diterima selagi mana ianya tidak menepati segala prasyarat yang telah disebutkan.

Ilmu-ilmu sains seperti ilmu kimia, biologi, alam semesta mahupon interpretation of well-line logging memerlukan para saintis membuktikan melalui kajian.Setelah segalanya dibuktikan maka wujudlah theory sesuatu perkara yang membolehkan umum menerimanya sebagai suatu ilmu.

Persoalan yang timbul di benak fikiran

Kita mengetahui pengalaman boleh mengajar kita untuk memahami sesuatu perkara.

Seperti contohnya,ibu bapa kita sering menghalang kita melakukan perkara-perkara membahayakan seperti memanjat pokok,bermain api,bermain air dan sebagainya semasa kita kecil.Mereka lebih mengetahui tentang perkara itu dan mahu kita terselamat dari bahaya.

Tidak cukup kuat?Baik,contoh lain.Bagi sesiapa yang pernah ditinggalkan kekasih, mereka akan mengambil langkah lebih berhati-hati dengan pasangan baru mereka.Bagi orang yang sudah berpengalaman melalui perkara ini,mereka akan menasihatkan rakan-rakan untuk tidak terpedaya dengan tipu muslihat buaya darat.Meskipun pengalamannya tidak boleh diaplikasikan sepenuhnya dalam kehidupan kita,namun kita cenderung untuk mempercayai kata-katanya.

Contoh lain,mungkin kita boleh ambil pengajaran terhadap kegagalan yang pernah kita lalui.Contohnya,kita gagal dalam perniagaan yang menyebabkan kerugian besar.Pengalaman mengajar kita untuk mengkaji pasaran semasa,tempat strategik,memilih barang yang dicari orang ramai dan sebagainya.Kadang-kadang,ilmu tu bukanlah dipelajari seperti pelajar-pelajar di universiti,tetapi boleh juga didapati melalui pengalaman.

Pengalaman bukanlah sesuatu perkara yang boleh dibuktikan mahupon dikaji melalui pelbagai kaedah,namun kita menerimanya sebagai sesuatu yang boleh kita gunakan di dalam kehidupan.Pengalaman banyak mengajar kita melalui liku-liku kehidupan.

Setelah korang penat membaca apa yang telah dibebelkan,persoalan yang nak ditanya adalah,boleh tak kalau pengalaman tu diterima sebagai ilmu?Sebabnya,ramai orang mengajar melalui pengalaman dan terbukti berguna.

Sekian.

p/s:Material-material diatas hanyalah melalui kajian di google,bukanlah melalui seseorang yang pakar ataupon rujukan yang kukuh.Tujuan penulis menulis adalah untuk mengajak orang ramai berfikir.

p/p/s:Harap-harapnya korang fahamlah apa yang ingin disampaikan.Sebab,bila baca balik macam pelik pon ada.Malas nak re-construct.Nak sambung bace untuk test next week.

1 comment(s):

brandon flowers said...

ngantuk gile bace. baik baca note tok test mgu dpan..