BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 19, 2010

Cita-cita masa kecik

Korang masih ingat tak cita-cita korang masa kecik?Mesti semua bajet boleh jadi doktor la,peguam la,cikgu la,paling tak kurang powerr askar ataupon polis sebab boleh tembak orang jahat(cita-cita kanak2 lelaki yang sejati).


Aku masih ingat lagi masa darjah 1 cikgu ade kasi borang suruh tulis nama,alamat semua2 perkara peribadi termasuklah cita-cita.Kat bahagian cita-cita ada 3 pilihan boleh isi.Dari apa yang kita nak jadi sangat hingga lah apa yang kita kurang ingin jadi.

Masa kecik2 aku memang pandai melihat masa depan.Aku dapat rasakan masa depan aku tidaklah begitu cerah,so takdelah bajet tinggi.Kerja tak lah professional sampai gaji banyak boleh beli bunglow satu.Kawan2 aku memang semua target tinggi punya,doktor la,pensyarah,engineer.Dulu aku jurutera pon tak tahu.Aku ingat macam PATI yang menyiap2kan bangunan tu.Betapa kurang cerdik nye diri ini.

Maka,apabila aku menulis cita-cita di borang tu,pekerjaan yang aku ingin kecapi adalah pertama menjadi seorang pemain badminton professional(Tak Tipuuu) sebab kecik2 suka sangat main badminton.Kalau kerajaan betol2 tekad mencari bakat pemain muda,kalau paling minimum,mungkin aku dah jadi wakil negeri.(BAJETT)Dengan itu,piala Thomas dan Uber akan datang InsyaAllah Malaysia dapat.

Cita-cita kedua yang aku nak dulu2 adalah menjadi seorang askar.Tapi aku taknak jadi panglima tentera(bagi arahan je),sebab tujuan utama nak jadi askar sebab nak tembak orang jahat.Mesti segak gila aku berbaju hijau ala2 daun pokok dalam hutan dengan muka bercalit hitam2 sikit.Pegang M-16 memang stylee habis.Sekarang aku tetap lagi meneruskan cita2 aku ini dengan bermain Counter Strike.Dunia dah maju dah,tak payah pegang pistol betol nak tembak orang jahat.

Cita-cita ketiga adalah nak jadi seorang Businessman.Cita-cita ni tak pure sangat pilihan ati.Ni pon sebab aku tengok kawan aku tulis die nak jadi Businessman.Aku pon tanya lah ape benda tu(English lemah la beb).Dia pon terangkan lah Businessman tu adalah usahawan yang bukak perniagaan,yang paling aku ingat die cakap nanti boleh bawak briefcase kemana2.Aku pon macam berminat dengan Businessman2 ni,tapi malangnya skill2 keusahawanan tu tak diasah di peringkat akar umbi lagi.Dah besar jadi usahakawan pulak,cari kawan mintak belanja.Memang tak senonoh punya perangai.

Korang punya cita2 apa pulak?Takkan doktor kot?Aku yakin suma cita2 zaman kecik tu adalah 180degree berbeza dari apa yang kita belajar kat kolej ni.Dan belom tentu apa kita belajar sekarang ni menentukan apa yang kita kerja nanti.Jangan ingat degree Engineer tak akan menjadi pembuat kopi kt KLCC tu nanti.

p/s:Format tulisan penulis adalah bersifatkan santai kerana otak beliau dipenuhi dengan subjek2 yang perlu diSKOR.Nantikan Post2 lain yang bersifat Intelektual setelah tamatnya exam beliau.

1 comment(s):

Fatin Aliyya said...

hehe comel jer cita2 msr kiter sume kecik2 kn.aku dolo pon bergn kemain nk jdk soktor..skrg hampeh, xder nyer dh terkubur pon impian ak tue..haha

=D

tp x slhkn bergn sbb begnlah mencetus kejayaan.cewah.=D