Semalam..mase tengah mnikmati buang air(korang pon taw la mana satu),ku memikirkan macam mana nak mengumpulkn 50sen time balik rumah nanti.Pastu,seperti kejadian2 lain di blik air time2 camni memang banyak ilham datang.Ape jadi kalau lepas grad,syarikat2 minyak di seluruh dunia ni kerugian dan gulung tikar akibat pasaran saham yang tidak menentu.Maka,bisnes la jawapannya.Bisnesss baikkk punyaaa.
Bisnes yang difikir2kan ni bukanlah bisnes jual burger or bisnes pelangsingan badan seperti doktor tersohor di kaca TV tu.Bukannn.Bisnes yang terlintas adalah bisnes sediakn service machine n dryer untuk pelajar2 IPT ni.
Mengikut pengiraan matematik moden dan matematik tambahan yang dipelajari 4tahun yang lepas,bisnes ni agak menguntungkan.
1.Setiap cucian memerlukan 5keping 50sen=RM2.50
2.Anggaran 50 pelajar mencuci baju setiap minggu mengikut blok=50xRm2.50=Rm125
3.Sebulan ade 4minggu=Rm125x4=Rm500
4.Satu village ade 5blok=Rm500x5=Rm2500.
5.Satu kampus ade 6village=Rm2500x6=Rm15000
6.Tolak kos gaji pekerja,maintainance=Rm15000-Rm8000=Rm7000 baki.
Boleh laa nak hidup dgn Rm7000 sebulan.tu baru peringkat permulaan.Bile da kembang sikit,lebarkan la sayap perniagaan ke institusi2 pengajian berhampiran Seri Iskandar ni macam UiTM,polytech.Bila da mantap lagi,kuasi perak,pastu seluruh tanah air.Silap2 boleh bukak kilang sendiri dan eksport ke negara luar.Mana taw 2050 nanti Malaysia menjadi pengeksport washing machine no 1 dunia ke.Memang untung wehh bisnes ni.Bisnes Kencanggg!Sape nak join?
*Pengiraan tak termasuk keadaan pasaran semasa(harga minyak,kadar tukaran asing dsbnya)
*ku rasa 50pelajar 1 blok cukup betol memandangkan student UTP pon malas belajar,takkan basuh baju rajin plak.
0 comment(s):
Post a Comment