Baru2 ni ak bru je tgk wayang "The Princess and the frog" bersama kakak dan adik tersayang. Cite ni mengisahkan seorang wanita berkulit hitam,Tiara yang mempunyai cita2 yang tinggi untuk mendirikan sebuah restoran impian bersama dengan ayahnya. Disebalik kemiskinannya, die masih bekerja keras dengan mengumpul tip2 yang diberikan di restoran tempat kerjanya.Hidup Tiara berubah bila die bertemu dengan seekor katak iaitu Prince Naveen yg telah ditukar oleh witchdoctor.Banyak halangan yang menimpa Tiara dalam menggapai impiannya iaitu mendirikan sebuah restoran bernama 'Tiara's Place'.
Lagi satu cite motivasi yang boleh membakar semangat korang adelah cite JUMP arahan Stephen Chow.Cite ni mengisahkan seorang wanita kampung,Phoenix yang suke menari wlaupon ditentang ayahnya yang lebih menggemari kungfu. Hidupnya mula berubah bila Phoenix diterima kerja di bandar dan pada satu hari dia secara xsngaja terjumpa satu kelas tarian. Oleh kerana xde duit, Phoenix kerja sebagai tukang cuci je di situ.Dapat belajar secara haram pon jadi laa.Banyak laa halangan dalam cite ni untuk Phoenix mencapai impiannya.Nak taw,tengok la sendiri kat wayang.
Sememangnya kita sangat termotivasi bila menonton cerita2 sebegini,lagi2 bila citenya happy ending.Melihat orang menggapai impian sememangnya senang berbanding kite sendiri yang menggapainya.Pernah tak kite mempunyai impian?Pernahkah kite sendiri mengalami segala cabaran itu?Dan berjayakah kite mencapainya?Bukan mudahhh!
Cuba kite fikir,ape impian kite pernah ade.Mungkin mengurangkan berat badan sebanyak 5,10 ataupon 20kg.Macam mana nak kurangkan berat badan?Diet dan Senaman kan?
Mase awal2 nak kurangkan berat memang berkobar2,yelaa baru lepas tengok biggest loser kot.Bila da start diet,memang sangat mencabar bila ayam goreng, kari ikan, nasi bryiani,mcD ditukar ganti oleh sayur2an,buah2an,yogurt dan lain2.Apatah lagi bila diri boleh duduk depan laptop sambil berfacebook,chatting dan tengok movie berbanding perlu bangun awal pagi atau lewat petang untuk berjogging, berenang ataupon work-out.
Kalau pernah tengok cite 'run fatboy run', ade sorang tu(da lupa nama dia) cakap,kite akan jumpa satu wall yang sangat besar masa perjalanan larian nanti.Di saat tu,kite akan toleh belakang dan hnya nampak wall yang sangat tinggi di depan kite.yang menentukan adalah kekuatan kite untuk memecahkan tembok tu.
Itulah yang terjadi pada diri kite.Bila tengah semangat yang menjulang, setelah makan yogurt berhari dan berjogging berjam2 setiap hari,sampai satu point kite berhenti sekejap.Kite pon berfikir."Da macam2 aku buat xde efek pon.Still banyak je lemak ni.Xjadi pon tough macam orang tu".Then,penentunya adelah kite sendiri,sama ada teruskan dan lipat gandakan usaha ataupon give up sebab diri ni xakan jadi seperti yang diingini.
"Nak memulakan sesuatu perubahan bukanlah susah, nak mengekalkan perbubahan tu la kesusahannya"-dipetik dr cite JUMP,tapi susunan ayt tunggang langgang.
p/s:Kisah diatas tiada kene mengena dengan penulis ataupon mana2 orang yang masih hidup ataupon yang telah meninggal dunia.Kisah ini adalah rekaan semata-mata.LOL.Adios
SUDAH JAWAB TAPI TAK SEND
5 years ago
2 comment(s):
cam perli je kate aku mok ni
kan da ckp tiada kne mgene dgn ssiapa.he3
Post a Comment