EGO itu bukanlah ego seorang lelaki okay, EGO yang dimaksudkan adalah YAMAHA EGO Kaler merah no plat AGS1269 (kalau perasan ada laki pakai spek nek scooter tu tego2 la ye :P)
Hmm,so last 2 tuesday, pergi hantar EGO dekat pejabat pos laju branch P.J dengan kakak. Kena hantar awal sebab it takes around 1 week nak sampai. Based on conversation dengan kawan, die cakap motor akan hantar directly to UTP but bila tanya dekat pegawai kaunter tu,die cakap motor sampai dekat main branch je, which is Ipoh PPL.
After 1week and 1 day (Rabu), I decided to pick up my EGO since takda kelas rabu petang. That day, pergi lah check tracking number dekat website. Tengok status, DELIVERED, location, PPL Ipoh. And then, I tried to call for confirmation, tapi takda orang angkat phone. Jenguh jugak petang tu nak cari member yang boleh bawakkan pegi Ipoh (car is needed).
Then, ada la sorang member ni tolong bawakkan. After 1hour punya perjalanan plus minus sesat nak cari PPL Ipoh, sampai la jugak kat destinasi dituju.Nasib baik PPL tu bukak lagi sebab that time sampai around 5pm. So pegi la tnya dekat sorang pegawai tu suruh checkkan item da sampai belom. THENNNN!!!Dia cakap actually my dear EGO da smpai dekat UTP.Punyalahhh rasa kecewa time tu.Penat2 pegi UTP tengok2 da smpai UTP.So my friend was right la,tak boleh harap punya pegawai kaunter.
Khamis pagi tu pegi lah amik EGO dekat undercroft, plate dengan cermin kiri je boleh pasang.cermin kanan dah try banyak kali still xbole masuk.Then, pasrah jela went to petrol station isi minyak and pam tayar. Weekend boleh pergi betolkan cermin and ketatkan brek blakang.
Pagi tadi pergi lah kedai motor and suruh orang tu betolkan cermin.RUPA-RUPANYA!!! Cermin tu kene pasang counter-clockwise.T___T punya la susah try nak pasang, siap suruh member pasangkan jugak tak dapat.Last2 kena gelak je.Nasib2 tapi takpalah sebab dapat ilmu baru pasal my dear EGO.
Welcome home my dear EGO!Banyak dah jasa EGO ni, bawak pergi tasik petang2 nak jog, pergi gym, pergi masjid, pergi mamak tengah2 malam, pergi ATM and macam2 tempat la.I can't live without you EGO.Kesian EGO merah sebab dapat owner yang tak tahu jaga sangat but i will take care of you okayy!
Moral of the story: Take action only when we are certain and always try the other way around
p/s: post santai je ni...nak kumpul momentum balik nak active berblogging
SUDAH JAWAB TAPI TAK SEND
5 years ago
2 comment(s):
PPL ipoh kat mana weh?
Dekat dgn pjbt polis bulatan bahagia tuu
Post a Comment