BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 19, 2011

Kegelapan Miri

Kegelapan Miri #1

Sekarang ni musim hujan dekat area Miri ni. All day la hujan, memang susah nak nampak matahari. Kalau ade pon kejap-kejap je. Baju yang sidai pon tak kering-kering dah masuk hari ketiga. Hujan pulak bukan calang-calang memang lebat je. Dekat sini kalau lepas hujan air naik jugak. Mungkin sebab jalan tak rata and perparitan pon banyak jugak tersumbat. Kalau jalan on the way to Brunei/Curtin University memang air naik tinggi. Tapi best jugak kalau hujan malam, sejuk sikit nak tidur but nanti pagi susah bangun.

Kegelapan Miri #2

   Oleh kerana kegelapan Miri #1, tanggal 14 Januari 2011, kereta saga yang kami sewa untuk ulang alik pergi kerja masuk workshop. That night, one of my housemates baru balik hantar two of my housemates pergi East Wood sebab ada family day dekat sana. It was a rainy night and jalan pon licin jugak. So, dekat jalan Pujut, nak dijadikan cerita ada satu kereta Pajero suddenly brake which my friend tekan brek agak kuat menyebabkan kereta tu skidding.In that short time and distance, dia tak mampu nak buat apa-apa and then langgar Pajero tu. My friend selamat, tak ada cedera apa-apa tapi kereta kesayangan kami amat teruk after rempuhan tu. Yang amat menakjubkan sekali kereta Pajero tu takda apa-apa, cuma scratch je. Luckily, Pajero owner tu tak claim duit.

    That night I was at home and I received a call from my friend.So me and one of my housemate naik another car to the accident site. Memang terkejut la tengok kereta tu, and we decided to call the car owner sebab nak pakai insuran untuk kos pembaikian kereta tu. Kalau setakat scratch or patah sikit boleh la keluarkan duit poket. Time nak call the car owner, agak cuak sebab tak reti macam mana nak sampaikan berita tak gembira. The car owner punya terkejut terus dia cakap stay at the place and she will come. After the car owner sampai, cuak la jugak dengan reaksi dia. BF dia pon ada sekali and which he handle the situation; deal dengan tow truck, deal dengan car owner(GF dia) and kitorang macam mana nak settle. So in the end memang kene pakai insuran, tapi banyak jugak kos nak kene tanggung lepas tu.

Lesson learnt #1: Jangan terlibat dengan accident, kos after accident banyak nak pakai duit.

Lesson learnt #2 : Jangan accident kalau ada 2 kereta, sebab nanti 7orang kena naik satu kerata je.

Monday, January 10, 2011

Miri: Pengalaman menonton wayang

Wayang kat Miri ni ada satu je,nama dia Miri Cineplex ada dekat Bintang Mall. Dari segi luaran kalau tengok dekat entrance cam boleh tahan la.Tapi bile nak book tiket,sangat sadis la jugak,sebab die pakai borang and tick seat mana kite nak duduk.Wayang tu ada 4 hall; 2 dekat bahagian bawah, 2 lagi kene naik tangga. So far,makanan die tak taw la macam mana rasanya sebab tak pernah makan lagi.

Interior wayang tu memang sangat sadis jugak.Haritu Loco, Hafiz and me pegi tengok Tron legacy dekat Cineplex tu.Banyak gak la seat kosong, so kitorang decide nak duduk belakang. Bile da duduk dekat seat tu, boleh terasa yang screen tu sangat jauh kat depan. Rasa cam panjang gile Hall tu. So memandangkan tak ramai sangat orang, kitorang dengan selambantya duduk kat seat depan-depan. Baru lah terasa besar screen tu.

Time starting, iklan dalam wayang tu tak sama size dengan screen. So sementara tunggu movie tu start, pekerja tu adjust-adjust lah projector kasi sama size dengan screen. Sound system die takda la power sangat tapi so far okay la.

Seat wayang tu pon sadis jugak sebab seat lama.Lantai tak bersih sangat and kalau bahagian belakang tu kekadang ada bau hapak la jugak.

Sangat banyak perbezaan kalau compare dengan GSC or TGV.haha.

p/s: Walaupon condition die teruk, tapi still dah tengok 3 movie dekat wayang tu.Kaki wayang kot,mana tahan tak pegi wayang.
p/p/s: Sangat kecewa sebab tak dapat tengok HP7 sebab time exam and ada sikit je cuti.

Monday, January 3, 2011

New year?

Ramai yang teruja dengan kehadiran tahun baru,kononnya nak berubah yang kurang baik dan tingkatkan apa yang dah bagus. Masa-masa macam ni lah ramai post entry pasal new year.

Tapi, what about me?kenapa new year takda pon special entry?

Mungkin sebab rasa sama je new year or last year or next year.Eh, tapi next year dah 2012 kan?Hari kiamat mengikut kaum Mayan.

Apa-apa pon bergembiralah dengan tahun baru ni.Moga-moga sesapa yang ada azam tu terlaksana lah.At least ada la jugak planning daripada orang yang takda planning.Nanti gagal sapa yang takda planning.

This year might be different from before sebab internship.Separuh tahun dihabiskan buat internship,tak belajar macam dulu-dulu.

Oh!Kalau dah tahun baru, lagi 2 minggu la kot result exam keluar kan?