BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 8, 2009

ESQ: Tahu dan Kenal.Cinta itu telah ku temui.

Antara cakap2 orang mengenai program ni yang didengar adalah:

  • Kalau ade orang cakap macam baru masuk Islam-saya setuju!
  • Kalau ade orang cakap selama ini dia hanya melakukan sesuatu sebagai seorang Muslim sahaja(sembahyang, puasa, bace Quran,etc2) tanpa megenal mengapa dia melakukannya. Sekarang dia sudah tahu tujuannya-Saya setuju!!
ESQ banyak mengubah diri ini. Dari seseorang yang tidak bermatlamat jauh, kini sudah nampak ke mana hala tuju hidup sebanarnya. Kalau sebelum ni, seseorang yang tidak pernah bersyukur, kini dapat bangun dari tidur pon sudah gila2 bersyukur.

Kalau sebelum ni, kewujudan Allah itu sudah tertanam di bahagian IQ, iaitu kite telah ingat dan hafal bahawa Allah itu ada.Tapi, manusia mudah lupa. Oleh kerana itu, banyak sekali perbuatan kite selalunya tidak bermatlamatkan mencari Redha Allah.

Modul dalam training tu membuatkan saya dapat merasai kehadiran Allah itu sendiri, di dalam hati ni. Sangat2 berbeza kalau kita tahu dan kita merasai kewujudan Allah itu.

Kita ni memang bodoh. Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Manusia jenis apakah kita yang tidak reti erti berterima kasih. Setiap hari kita dihidupkan, tapi kita tak pernah sedikit pon memberi waktu kita pada Allah.Bak kata trainer, DIA sentiasa menunggu kita untuk mendekatiNya dan bertaubat. Maha suci Allah atas cintaNya yang Maha Agung.

Semuanya yang berlaku adalah atas ketentuanNya. Kita hanyalah habuk, malahan boleh jadi lebih kecil daripada itu di pandangan Raja Langit ini. Kembalilah kepada fitrahmu wahai rakan2ku. Allah masih menunggu kita untuk mendekatiNya.Ambillah peluang kehidupan ini sementara kita masih hidup lagi. Adakah kita ingin mati dalam keadaan kufur?Astaghfirullah...

Kalau kawan saya cakap "Padan muka ko, 300 ringgit hilang dah".
Nak je cakap kat dia "300 ringgit tu apelah sangat kalau kita dapat mengenal ALLAH.Itu adalah nikmat yang lebih besar. InsyaAllah, 300ringgit tu akan jadi pelaburan untuk masa akhirat."

Bak kata PM ESQUTP, "It's the best 300 ringgit you have spend for the rest of your life".-No regret.

Semoga dapat dijaga hati ini.

ALLAH TUJUAN KU!!

2 comment(s):

eyman hykal said...

Subhanallah walhamdulilah. ESQ bukan sahaja menyeronokkan dan membahagiakan, tetapi menyerlahkan rasa damai di hati.

Islam is the way of life. ISlam is also the way to die...

mari kita salam semut...

Anonymous said...

mcm penah dgr..
tp kt mne ek..waaa