BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 8, 2010

Selamt Menyambut Ramadhan 1431

Tanggal 11 Ogos 2010 atau di dalam kalendar hijrahnya 1 Ramahdan 1431, bulan penuh berkah yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam menjelang tiba.


Bila bercakap tentang Ramadhan,kebiasaan orang lebih cenderung melihat puasanya sahaja sedangkan mereka patut melihat ianya dengan lebih luas,seperti melihat bulan itu adalah seperti MEGA SALES dimana segala amal ibadah dan kebaikan dilipat gandakan pahalanya.

Puasa adalah salah satu intisari Ramadhan di mana umat Islam diwajibkan menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.Namun banyak lagi ibadah lain boleh ditambah lakukan di bulan mulia ini seperti memperbanyakkan bacaan al-Quran, berzikir, solat-solat sunat seperti solat terawih, solat tahajjud dan sebagainya.Maka ambillah peluang ini agar Ramadhan kali ini bermanfaat.Anggaplah Ramadhan kali ni Ramadhan terakhir moga kita pulun sehabis baik di dalam beribadah kepadaNya.

Allah S.W.T telah berfirman menjelaskan di dalam al-Quran tentang tujuan berpuasa:

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian BERTAKWA"
(Q.S. Al-Baqarah: 183)

Maka jelaslah objektif puasa yang disyariatkan,adalah agar kita lebih bertakwa kepadaNya.Jadikanlah Ramadhan kali ini lebih bermanfaat daripada sebelumnya.

Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi)

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa’d R.A daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya: ‘Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: ‘Dimanakah orang-orang yang berpuasa?’ Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk dari padanya.’ (HR Bukhari)

Dari Ibnu ‘Umar RA, katanya Rasulullah saw. bersabda: ‘Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.’ (HR Muslim)

Rasululah SAW bersabda; ‘Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa.’ ( Sahih Bukhari)

Jelaslah, ambillah peluang Ramadhan ini untuk beramal sebaik mungkin.Pintalah kepadaNya agar dibukakan seluas-luasnya pintu syurga untuk diri dan ditutupkan pintu neraka sempena Ramadhan ini.

Pertahan dan lindungilah dirimu dariapada nafsu-nafsu keduniaan yang selama ini membelenggu diri.Moga-moga setelah tamatnya Ramadhan,kita masih mampu melindungi diri daripada godaan-godaan.

Hayatilah lagu ini:
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna

Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri

Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan


Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Biasanya orang akan makan banyak makanan yang sedap-sedap sebelum puasa,supaya nanti tak kempunan.Tapi sepatutnya,kita sepatutnya sudah mula mengurangkan makan-makan supaya nanti perut tak mengalami culture shock.Tak da lah hari pertama puasa terasa begitu memenatkan.Tak kurang juga, perlulah mula memperbanyakkan amal ibadah supaya tak terasa letih untuk bersolat sunat juga bangun malam.


p/s:Semoga tulisan ini menjadi peringatan yang kuat bagi penulis blog sendiri dan juga kepada pembaca sekalian.Marilah saling ingat-mengingati. :)

Sunday, June 27, 2010

Pemansuhan UPSR dan PMR

Penilaian kerajaan yang ingin memansuhakn UPSR dan PMR semata-mata untuk menukar sistem pendidikan yang terlalu exam-oriented adalah tidak munasabah bagi hemat ini.


Memang sepatutnya pemikiran exam-oriented itu seharusnya dikikis,sebab anak-anak sekarang dihantar belajar semata-mata hanya untuk score A di dalam subjek-subjek yang dikehendaki.Tak habis dengan tuition,gerak-gempur,kelas tambahan,program mentor-mantee dan macam-macam lagi dilakukan semata-mata ingin meningkatkan prestasi pelajar dan seterusnya meningkatkan nama baik sekolah.

Kalau tanya mereka mengapa belajar memang boleh dikatakan ramai akan jawab sebab cikgu,ibu-bapa,sekolah suruh.Mereka seharusnya ade perasaan curious ataupon eager untuk belajar supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan.

Maka seharusnya peperiksaan dikekalkan bagi mengetahui tahap kemajuan dan tahap kemahiran murid di dalam sesuatu pelajaran.Yang perlu ditukar adalah cara pengajaran dan pembelajaran sistem pendidikan Malaysia.Kalau takde peperiksaan umum macam mana nak nilai kemasukan ke asrama penuh.

Habis lingkup Malaysia kalau lepas ni nak masuk SBP/MRSM kene pakai kabel/orang dalam sebab dah takde ukuran.Huru hara 2020.

Apa-apa pon layan lah 3idiots.


p/s:Sekarang program score-A apa barang?pasaran tahun depan boleh lingkup kalau kerajaan teruskan agenda mereka.

Tuesday, June 15, 2010

15th of June

Salam to all readers!


Rasanya suma tau kan tarikh ini(xabes2 blogger ni promote).Yee..ianya adalah hari jadi saya yang ke-20.Sudah mencecah 20-an dan ini merupakan satu pencapaian yang baik(ohhh dah tua rupanyaa).Mungkin dah boleh dikategorikan sebagai remaja-dewasa?Beberapa tahun lepas ni mesti dah kerja,ada kereta,rumah,kahwin dan kemudian ada anak dan sebagainya.Fuhhhh!Memang dah nak dewasa!Cepat betol masa berlalu.

Berbalik kepada hari jadi,ingin saya kongsikan disebalik kelahiran insan bernama Mohamad Haikal ini,terdapat suatu lagi insan yang lebih utama disebalik insan ini(saya la tu).Yaa..ianya adalah ibu saya.Jika tidak beliau yang menanggung segala kepayahan dan kesusahan didalam mengandungkan diri ini,tidak mungkin saya dapat melihat keindahan ciptaanNya.Tidak kurang juga jasa yang diberikan oleh ayah saya yang terpaksa bekerja keras demi membesarkan anaknya yang nakal ini.

Jadi,di sebalik keraian hari jadi ini,saya ingin meluahkan ribuan,jutaan,trillion-an yang tidak terhingga(infinity) kepada ibu saya.Beliau banyak mengajar dan mendidik anak lelaki keduanya ini yang dahulunya sangat nakal dan tidak pandai.Banyak pengorbanan telah beliau curahkan kepada saya dan saya tahu beliau sangat sayangkan anak-anak beliau.

Memang benar orang cakap,kata-kata tidak dapat mengambarkan betapa hebatnya sesorang individu itu,kena lihat sendiri(Mungkin jugak saya ni tidak ada bakat menulis seperti bapa saya.He3).Apa-apa pun,haris sayang emak banyak-banyak dunia akhirat.

Walaupon haris sering mengunci kata,hati tetap berbicara.

Bila difikir-fikir balik,sepatutnya hari jadi merupakan hari dimana anak memberikan hadiah kepada ibunya kerana kesusahan ditanggungnya.

Dan tidak kurang juga,hari jadi sepatutnya menjadikan seseorang itu lebih bersyukur dan menangis kepada Allah.Sesungguhnya DIA lah yang meniupkan roh dan menciptakan diri ini dari setitis mani yang hina,dan kemudian menjadi sel,tisu,organ,sistem dan kemudian diri ini.Astaghfirullahalazim....diri ini banyak berdosa di muka bumi ini.


doa 1:Ya Allah ya Tuhan ku,KAU rahmatilah ibuku ini,tempatkanlah beliau bersama golongan orang-orang yang beriman dan Soleh.KAU masukkanlah ibuku didalam Jannah MU Ya Allah.KAU kasihanilah beliau sepertimana beliau mengasihani diriku ini Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim.

doa2:Ya Allah ya Tuhan ku,KAU ampunilah dosa-dosaku ini kerana aku tidak layak ke syurgaMu dan aku takut untuk ke nerakaMu.Maka,Ya Ghaffar,Ya Ghaffur,KAU ampunilah dosa-dosaku yang banyak ibarat pasir di pantai.KAU kurniakanlah Taufiq dan Hidayah di dalam diri ini.

AMEEEENNN YA RABAL ALAMIN