BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 27, 2010

Pemansuhan UPSR dan PMR

Penilaian kerajaan yang ingin memansuhakn UPSR dan PMR semata-mata untuk menukar sistem pendidikan yang terlalu exam-oriented adalah tidak munasabah bagi hemat ini.


Memang sepatutnya pemikiran exam-oriented itu seharusnya dikikis,sebab anak-anak sekarang dihantar belajar semata-mata hanya untuk score A di dalam subjek-subjek yang dikehendaki.Tak habis dengan tuition,gerak-gempur,kelas tambahan,program mentor-mantee dan macam-macam lagi dilakukan semata-mata ingin meningkatkan prestasi pelajar dan seterusnya meningkatkan nama baik sekolah.

Kalau tanya mereka mengapa belajar memang boleh dikatakan ramai akan jawab sebab cikgu,ibu-bapa,sekolah suruh.Mereka seharusnya ade perasaan curious ataupon eager untuk belajar supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan.

Maka seharusnya peperiksaan dikekalkan bagi mengetahui tahap kemajuan dan tahap kemahiran murid di dalam sesuatu pelajaran.Yang perlu ditukar adalah cara pengajaran dan pembelajaran sistem pendidikan Malaysia.Kalau takde peperiksaan umum macam mana nak nilai kemasukan ke asrama penuh.

Habis lingkup Malaysia kalau lepas ni nak masuk SBP/MRSM kene pakai kabel/orang dalam sebab dah takde ukuran.Huru hara 2020.

Apa-apa pon layan lah 3idiots.


p/s:Sekarang program score-A apa barang?pasaran tahun depan boleh lingkup kalau kerajaan teruskan agenda mereka.

Tuesday, June 15, 2010

15th of June

Salam to all readers!


Rasanya suma tau kan tarikh ini(xabes2 blogger ni promote).Yee..ianya adalah hari jadi saya yang ke-20.Sudah mencecah 20-an dan ini merupakan satu pencapaian yang baik(ohhh dah tua rupanyaa).Mungkin dah boleh dikategorikan sebagai remaja-dewasa?Beberapa tahun lepas ni mesti dah kerja,ada kereta,rumah,kahwin dan kemudian ada anak dan sebagainya.Fuhhhh!Memang dah nak dewasa!Cepat betol masa berlalu.

Berbalik kepada hari jadi,ingin saya kongsikan disebalik kelahiran insan bernama Mohamad Haikal ini,terdapat suatu lagi insan yang lebih utama disebalik insan ini(saya la tu).Yaa..ianya adalah ibu saya.Jika tidak beliau yang menanggung segala kepayahan dan kesusahan didalam mengandungkan diri ini,tidak mungkin saya dapat melihat keindahan ciptaanNya.Tidak kurang juga jasa yang diberikan oleh ayah saya yang terpaksa bekerja keras demi membesarkan anaknya yang nakal ini.

Jadi,di sebalik keraian hari jadi ini,saya ingin meluahkan ribuan,jutaan,trillion-an yang tidak terhingga(infinity) kepada ibu saya.Beliau banyak mengajar dan mendidik anak lelaki keduanya ini yang dahulunya sangat nakal dan tidak pandai.Banyak pengorbanan telah beliau curahkan kepada saya dan saya tahu beliau sangat sayangkan anak-anak beliau.

Memang benar orang cakap,kata-kata tidak dapat mengambarkan betapa hebatnya sesorang individu itu,kena lihat sendiri(Mungkin jugak saya ni tidak ada bakat menulis seperti bapa saya.He3).Apa-apa pun,haris sayang emak banyak-banyak dunia akhirat.

Walaupon haris sering mengunci kata,hati tetap berbicara.

Bila difikir-fikir balik,sepatutnya hari jadi merupakan hari dimana anak memberikan hadiah kepada ibunya kerana kesusahan ditanggungnya.

Dan tidak kurang juga,hari jadi sepatutnya menjadikan seseorang itu lebih bersyukur dan menangis kepada Allah.Sesungguhnya DIA lah yang meniupkan roh dan menciptakan diri ini dari setitis mani yang hina,dan kemudian menjadi sel,tisu,organ,sistem dan kemudian diri ini.Astaghfirullahalazim....diri ini banyak berdosa di muka bumi ini.


doa 1:Ya Allah ya Tuhan ku,KAU rahmatilah ibuku ini,tempatkanlah beliau bersama golongan orang-orang yang beriman dan Soleh.KAU masukkanlah ibuku didalam Jannah MU Ya Allah.KAU kasihanilah beliau sepertimana beliau mengasihani diriku ini Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim.

doa2:Ya Allah ya Tuhan ku,KAU ampunilah dosa-dosaku ini kerana aku tidak layak ke syurgaMu dan aku takut untuk ke nerakaMu.Maka,Ya Ghaffar,Ya Ghaffur,KAU ampunilah dosa-dosaku yang banyak ibarat pasir di pantai.KAU kurniakanlah Taufiq dan Hidayah di dalam diri ini.

AMEEEENNN YA RABAL ALAMIN

Monday, June 7, 2010

It's JUNE!

Bulan June sudah tiba dan aku yakin ramai di antara korang gembira dan tidak senang duduk dengan kehadiran bulan ini.Ini adalah kerana untuk meraikan kelahiran blogger yang ke-20.Dan julung-julung kalinya,blogger ini akan menyediakan list bagi memudahkan orang ramai dan tidak pening kepala untuk mencari hadiah bagi menunjukkan kasih sayang mereka.Maka,berikut adalah perkara-perkara yang diingini:

  1. Kaca mata-kaca mata ini sudah memasuki tahun ke-4,so paham-paham la kondisinya dengan blogger yang ganas ini.
  2. Goggle-Bace betol-betol,ianya bukanlah google okay.Goggle diingini kerana blogger rajin swim dan goggle lamenye sudah hilang.
  3. Whey Protein-blogger ini sedang dalam proses pengembangan otot.Whey protein memberikan protein yang tinggi dalam proses pembinaan tisu-tisu otot.
  4. Pull-up Bar-Ini adalah alat dalam pembinaan otot juga.Kalau yang gempak sangat,bolehlah sponsor Gym fees sepanjang hidup.
  5. External HD-hadiah ini amat bermakna buat blogger yang tegar download muvee dan drama.
  6. Kemeja-Baju-baju kemeja amat diperlukan kerana next Sem blogger akan menghadiri banyak interview sempena permohonan internship.Dan baju itu juga akan dipakai next next Sem kerana internship.

Pendek kata,apa-apa sahaja diterima asalkan ianya praktikal dan boleh diguna pakai.Pastikan yang berkualiti agar ia dapat bertahan lama!


p/s:Kalau tak dapat bagi hadiah,cukuplah mendoakan kebahagiaan blogger dan semoga Taufik dan Hidayah dicurahkan kepada blogger.

Thursday, June 3, 2010

Study for self-efficiency

Entry kali ni sarat dengan mesej yang ingin disampaikan.Banyak dah pendam nak tulis,so once dah tulis,macam2 kuar.Boleh skip ke bawah terus =)

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Terdapat beberapa cara untuk belajar:

Pertama:Melalui Pembacaan
Buku,suratkhabar,majalah,thesis,mahupon blog merupakan salah satu kaedah mencari ilmu melalui pembacaan.Kebiasaanya,buku mengupas sesuatu ilmu dengan begitu mendalam dan luas di mana pembacanya memerlukan perhatian yang penuh untuk memahami kandungan ilmu tersebut.Berbeza dengan medium lain yang lebih ringan kaedah penulisannya mahupon kandungan ilmunya.

Kekuatan:Boleh mendapat ilmu dengan banyak.Belajar secara langsung dari penulis.
Kelemahan:Memerlukan konsentrasi dan pemahaman agar tidak hilang fokus dan memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penulis.Boleh terjadi sesat sekiranya tiada tunjuk ajar yang betol oleh guru.

Kedua:Melalui Guru
Kebiasaanya,kita sudah dididik oleh guru sejak tadika lagi hinggalah ke alam universiti.Melalui guru,kita peroleh ilmu-ilmu yang kebanyakannya tentang kehidupan seperti Matematik,Sains,Sejarah dan sebagainya.Tidak kurang juga kita belajar ilmu-ilmu agama seperti Tauhid,Hadis,Tajwid dan sebagainya.

Kekuatan:Memudahkan pembelajaran kerana guru dapat mengajar sehingga kita paham.Kalau ada soalan boleh tanya terus kepada guru.
Kelemahan:Kalau tidak kena cara bagaimana guru itu mengajar,pelajar-pelajar boleh hilang minat.

Ketiga:Melalui Media
Media boleh jadi TV,Internet mahupon lagu.TV tidak kurang hebatnya untuk dijadikan medium untuk belajar.Contohnya dengan membuka saluran Discovery,National Geographic dan sebagainya.Namun kebiasaanya,medium ini kurang efektif kerana ianya digunakan untuk hiburan semata-mata.

Kekuatan:Cara ini lebih santai dan mampu mengekalkan minat.
Kelemahan:Kurang efektif kerana ianya bergantung kepada kandungan ilmu.

Keempat:Melalui IbuBapa
Inilah merupakan kaedah pembelajaran terawal manusia.IbuBapa lah yang mengajar kita tentang dunia ini,dari bagaimana berpakaian,makan sehinggalah kita masuk tidur.Kaedah ini merupakan kaedah terbaik dimana manusia dapat dibentuk seawal boleh dan kasih sayang dapat disalurkan di sebalik pembelajaran.

Kekuatan:Mampu membentuk manusia sejak kecil dan biasanya,ilmu daripada mereka lebih diingati.
Kelemahan:Kalau tidak kena cara,boleh menyebabkan anak-anak enggan mengikuti apa yang diajar.


Kelima:Melalui Pengalaman
Kebiasaanya pengalaman yang kurang berjaya ataupon kesalahan yang dilakukan mengajar seseorang itu.Kaedah ini juga berkesan kerana mereka mampu mengingatinya lebih-lebih lagi kalau perkara itu lebih besar.Boleh juga kalau kita belajar daripada pengalaman orang lain.

Kekuatan:Lebih diingati dan seseorang itu belajar daripada diri sendiri.
Kelemahan:Jika seseorang itu tidak mengambil pengajaran,maka ada kemungkinan untuk berlaku lagi kesalahan yang serupa.

Keenam:Melalui orang lain
Kebiasaanya kita belajar melalui orang lain apabila kita merasakan diri kita lain daripada orang lain.Contohnya,kita lebih cenderung untuk belajar pabila terlihat kawan kita tekun belajar hingga lewat tengah malam.

Kekuatan:boleh menjadi pembakar semangat kepada diri dengan melihat orang lain.
Kelemahan:Rasa rendah diri yang melampau boleh mengugat rasa ingin belajar.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ada lagi kaedah-kaedah lain yang mungkin tidak saya sebutkan.Apa yang ingin ditekankan adalah,walau apapun jua cara kita belajar,pastikanlah apa yang dipelajari itu boleh membantu diri kita sendiri dan seterusnya orang lain.Yang pasti,keutamaan haruslah diberikan kepada pembentukan akhlak dan sahsiah sesorang.Dasar pendidikan Malaysia seharusnya digubal semula bagi memastikan remaja-remaja sekarang tidak lagi terus hanyut dengan gejala-gejala sosial.


Nabi Muhammad SAW juga pada mulanya mengajar manusia dengan pembentukan akhlak yang maaruf.Dengan akhlak-akhlak terpuji inilah,barulah ilmu yang dipelajari berkesan terhadap diri.Islam juga menyuruh umatnya untuk belajar melalui pembacaan.

Apa-apa pon,pastikan ilmu dipelajari boleh digunakan untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain.

3 Idiots:Apa-apa pon,bila ada masalah cakap 'Aal iz well'.Study not for success,but for self-efficiency.

Special Wishes:Happy Birthday Abah!You have done a lot for love and teaches me a lot too!

Note 1:Idea untuk hasilkan entry ni masa study week.Pastu campur dengan idea after tengok 3idiots and then masa tak tahu nak tulis special entry for dad's birthday.Juz nak cakap thanks for teaching me a lot

Note 2:Sorry sangat MESS

Wednesday, June 2, 2010

ENGINEERING MINDS with a new look!

Hello Readers!


As you can see,that the layout have been changed.I decided to give this blog a new look since I think it has been 2years plus plus my blog is colored with brown layout with 'white flower' and 'fire and ice' header.

So,these are new things in here:
  1. I decided to choose grey layout and some motives because I think it's very nice and cool.Plus it has low opacity to give transparent look.Thanks to Pyzam.com for making my life easier since I don't really good at designing.(I did Youtube on how to design my own layout,but it's difficult plus i'm sooo lazy)
  2. I really like the 'fire and ice' header cause it looks like there's balance in my blog.But,i really need to give this blog a new look.So,i browse my laptop and found this 'Let the music play' picture.It's very nice to my eyes,i don't know you readers.Whadda U think?
  3. I decided to enlarge the font size and change the font style too,so that you'll read it easily.
  4. Then,i change a lil bit on the sidebar.No much changes.

So,here it is.The new look!And i hope,there'll be new things too in this blog to keep you all reading.

Welcome to the new home!