BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 21, 2010

Sem July 2010

Kalau perasan,topik mengenai sem kali ni belom lagi dibincangkan sebab biasanya awal2 memang semangat cakap pasal sem baru.


Okay,sem kali ni ada 6subjek dengan total kredit 18jam(1subjek=3kredit).Maksudnya,semua subjek adalah sama hebatnya dan tak boleh fokus satu2 subjek.Berikut adalah subjek yang diambil:

Facilities Engineering-Subjek ni boleh masuklah jugak ilmunya(boleh paham).Ia mengisarkan liku-liku kehidupan hydrocarbon yang perlu diproses di platform sebelum di hantar refine dan seterusnya diedar2kan kepada pengguna.

Introduction to Management-Subjek ini mengajar pelajar2 UTP untuk menjadi seorang manager yang baik dimana mereka perlu mempunyai karakter2 yang mulia dan kebolehfikiran yang tepat dalam melakukan sesuatu keputusan.Lecturer yang ajar ni memang terbaik.Dia mampu menjadikan subjek yang tampak boring jadi best.Yang tabest pasal subjek ni kene bace banyak gilerrrrrrrrrrr.

Reservoir Modelling and Simulation-Subjek ni kalau mengikut kata2 senior,adalah subjek yang sukar untuk dijaring(score).Ia mengisarkan bagaimana kehidupan sebuah reservoir dijadikan model dan disimulasi bagi memudahkan para petroleum engineers menganalisa reservoir itu.

Well Test Analysis-Mengikut kata2 senior lagi subjek ini juga susah untuk dijaringkan jugakk.Ia adalah kesinambungan well-logging dimana kali ini,reservoir boleh di-Test dengan keadaan dinamik(well-logging mengassume bahawa reservoir di dalam keadaan statik).Oleh kerana ia adalah dinamik, maka equation2 transient flow memang menjadi tanda tnya sepanjang pembelajaran subjek nih.Lecturer subjek ni memang style,beliau mempunyai pengalaman mengajar selama 30tahun dan kini merangkul posisi kerusi kepada syarikat S(syarikat idaman PE-es).Oleh kerana terlampau style,maka dia menggunakan pendekatan open-notes test dan juga exam.Walaubagaimanapun, weightage yang dikenakan adalah tinggi dimana test=exam=40%CW.

Engineering economics-Subjek ni cambess sebab ada kira2,tambah2 lagi ada sudut ekonomi.Setakat yang dibelajar kali ni memang bolehh layann la subjek ni.Mungkin sebab ianya kira2 kot.

Engineering Team Project-Subjek ini melibatkan semua aliran2 kejuruteraan dimana mereka perlu menghasilkan sebuah project.Subjek ni penat sikit sebab memang kene selalu meeting(xbez sbb jadual suma len2) pastu kene reka model.Idea group dah bernas,cuma raw material susah nak dapat kat M'sia nih.Tunggu posting dari China memakan masa 20-30hari.memang lambat la nak siap.


Walaupon ada 6subjek,tapi actually ada 1lagi subjek yang penat la jugak.iaitu subjek untuk sem depan-Student Industrial Internship Programme.
Subjek ini(setakat sem ini) memerlukan pelajar2 proaktif dalam memburu peluang2 keemasan di dalam menyelamatkan tempat(secure placement) untuk sem depan.Maka,berebut2lah ratusan pelajar UTP.Macam2 la jugak kene buat,buat CV,letters,calling,follow-up,interview dan macam2 lagi.

Dahlah sektor PE ni xbanyak,ada jugak course2 len nak masuk sektor ni.Memang pertandingan yang ketat(tight competition).Tambah2 lagi ekonomi tengah tak berapa nak seimbang(unstable).Petronas da siap bagi amaran placement dah makin kurang tahun ni.


Memang tenat sem ni.Makin senior tu,biasa ar makin sasa(tough) kan?tak kan makin longlai.Papapon,semoga Ramadhan kali ni membawa berkat dan rezeki kepada blogger untuk mengharungi segala dugaan dan cabaran serta mendapat placement untuk tahun depan.Aminnn.


-11 Ramadhan(counting:9 days to go)


p/s:kalau ada mana2 HR manager dalam sektor O&G yang baca post ni,drop ur emel la yerrr