BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 9, 2010

Ragam Manusia

Minggu lepas aku ada jumpa dua orang yang sangat styleeeee yang aku tabikkk.


1.Orang ini merupakan seorang lelaki yang berbadan tegap.Beliau berbaju hitam yang fit menampakkan tubuhnya.Rambutnya botak di atas tetapi ada rambut kat bahagian belakang,ada ekor.Mukanya agak ganas,kalau tengok cita 'CRASH' mesti menggangap beliau geng pecah rumah.Telinga beliau bertindik sebelah kiri dan tangan memegang rokok dan menghisap dengan penuh stylo dan macho.Selipar beliau sangat styleee,hanya berseliparkan Jepun(selipar jepun ar,yang orang bawak gi blik air tuu nk buang air).Namun,dicelah2 kejantanan beliau,beliau berkain pelikat dan menuju masjid untuk menunaikan Sembahyang Jumaat tatkala azan berkumandang.SALUTEEEE!!!.

2.Orang ini merupakan seorang wanita yang tinggi lampai berbadan langsing.Di tangannya terdapat sebuah handphone yang tak dapat ku cam,tapi boleh bajet la handphone mahal.Berbaju merah blouse(aku rasa la,sebab aku fail bab2 baju wanita ni.Banyak sangat jenis tak taw nak describe),dan berseluar perang.Kasut high heels bewarna hitam,jenama tak tahu,tapi rasa2 cam mahal kot tengok penampilan luarannya.Rambutnya perang lurus paras bahu kemas jika dilihat.Mukanya tidaklah dikenakan makeup tebal,sedap mata memandang dengan gincu merah nipis dikenakan.Beliau duduk di sebelah ku sambil beborak dengan sesorang lain yang ku kenal.Aku tak dapat menahan rasa ingin tahu,lalu mendengar perbualan mereka.

Wanita1:"Akak tahu tak,saya ni cikgu,kerja kerajaan,penat kerja dengan bebanan mengajar kanak2 ni.Sekarang ni,budak2 bukannya nak belajar pon,tengok buku pon diorang tak bersemangat."

Wanita2:"ooooo..."

Wanita1:"Sebab tu lah program macam ini perlu dikembangkan.Dengan adanya program ni,beban cikgu ringan sikit.Budak2 sekarang dah tak payah tengok buku,diorang boleh belajar dengan internet.Benda macam ni lah diorang suka".

Wanita2:(Tidak berkata apa2.Tekun mendengar rakannya berbicara).

Wanita1:"Akak tahu tak,kalau akak join program ini,akak boleh kaya,tak payah kerja di bawah orang lain.Akak boleh kerja sesuka hati akak.Takda sapa2 akan marah akak.Dekat sini,kitorang mengamalkan kerjasama.Menda ni tak boleh buat sorang2.Kakak kalau ada anak,boleh pantau prestasi belajar diorang directly dengan login ID n password akak.Macam ni lahhh cerita,lepas ni akak ikot saya,saya tunjukkan office kitorang dekat Kota Damansara.Saya drive and hantar akak".

Wanita2:(Beliau meneruskan kerja memotong rambut wanita 1 itu sambil bercongak2 di kepala)

Memang gempak la wanita 1 tuu mempromosikan program score-A.Buat tatapan umum yang tidak mengenali program score-A,ia adalah produk berasakan pendidikan dimana pengedar2nya promote kepada rakan2 serta keluarga..Macam MLM gak la.Dekat kedai gunting rambut pon boleh prospect orang.SALUTEEEEE!!!.

0 comment(s):