BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 21, 2010

Kesedaran berharga RM50

Mungkin ramai tahu akan bahayanya merokok ataupon menghidu asap rokok yang boleh menyebabkan kanser paru2,mulut dan sebagainya.Namun penghisap2 rokok ni masih tegar dan degil dengan tabiat mereka itu.Bukan senang untuk mengubah tabiat hari2an ini tetapi setiap kali mereka mencuba mesti bertahan untuk beberapa ketika sahaja.


Baru2 ini di dalam surat khabar yang dibaca, kempen kerajaan menentang rokok iaitu kempen 'TakNak merokok"menemui jalan buntu.Maka pelbagai idea dilontar oleh pelbagai pihak seperti menghentikan terus penjualan rokok,memfatwakan haram rokok dan ada juga meningkatkan harga sekotak Rm50 bagi 20 batang yang kononnya untuk menyukarkan remaja dan pelajar sekolah membelinya.

Kesedaran rakyat Malaysia tentang kesihatan amatlah rendah.Meskipun mereka tahu tetapi mereka masih tidak mempunyai mentaliti yang tinggi untuk membendung masalah ini.Perokok2 seharusnya tekad untuk berhenti dan bukanlah sekadar bertahan untuk beberapa hari ataupun minggu.

Pepatah ada menyebutkan "memelihara adalah lebih baik daripada mengubati".Peliharalah diri anda dari sekarang dan elakkan diri anda sendiri terseksa akibat perbuatan sendiri suatu masa nanti.

Tertanya2 juga,adakah harga gula patut ditingkatkan sehingga Rm50 bagi menyedarkan masyarakat Malaysia tentang bahayanya gula yang tinggi di dalam badan.

0 comment(s):