BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 30, 2008

Palestin diserang lagi

Baru-baru ini kita dikejutkan sekali lagi dengan berita Palestin yang diserang hebat oleh Israel melalui serangan udaranya.Kemungkinan,tentera2 darat Israel akan menyerang masuk selepas serangan udaranya.

Apa yang dilakukan oleh Amerika yang kononnya merupakan polis dunia hanyalah melihat teman baiknya,Israel menyerang bumi Palestin.Apa yang meyedihkan lagi,mereka turut sokong tindakan Israel itu.Dengan menggunakan alasan,ini adalah serangan balas yang dilakukan oleh tentera2 Hamas.

Mungkin kita beranggapan bahawa Amerika akan mengubah dasar luar negaranya selepas Obama menaiki tahta presiden Januari ini.Ya,Obama mungkin tidak terikat dengan mana2 syarikat Yahudi di dalam kempen beliau,namun penasihat2 beliau kebanyakkannya adalah penyokong kuat Yahudi seperti Hillary Clinton.

Wahai teman2 sekalian, saudara2 kita di Palestin banyak terkorban dek serangan Israel,kita sama2 la doakan mereka syahid di jalanNya.Semoga roh-roh mereka itu diberkati Allah.

Apakah yang perlu kita lakukan untuk membantu saudara2 kita itu?Mungkin tidak ke medan perang,tapi kita perlulah memboikot barang2 syarikat Yahudi seperti Coca-Cola,Nestle,Sara Lee,Nokia dan sebagainya.Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Bersyukur la kita kerana kita masih lagi boleh hidup aman di bumi Malaysia ini.Tetapi perlu kita ingat,belum sampai lagi masa kita lagi.Mungkin Allah menguji kita dengan bencana2 alam sahaja seperti di Bukit Antarabangsa beberapa minggu lalu.Ingat,Allah masih ingin kita mengingatiNya dengan didatangkan bencana2 ini.

Semoga kita mengambil iktibar dari perkara2 ini.Diharapkan dapatlah kita sama2 mendoakan pejuang2 Palestin yang berjihad menentang tentera2 Israel.

'Perumpamaan orang-orang mukmin dalam kasih sayangnya bagaikan satu tubuh. Jika salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka sekujur tubuh akan merasakan kurang tidur dan panas' [hadith riwayat Muttafaq alaih]

p/s:Selamat menyambut tahun baru maal hijrah

3 comment(s):

intan.maisarah said...

tak sanggup dah lihat rakyat palestine... haiiii..org org islam kt malaysia ni masih lagi buat maksiat sane sini..hahahhaha

nurul cakapcakap said...

insaf membaca ini.

intan.maisarah said...

anda di tag.tq