BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 5, 2008

Happy Ramadhan

Assalamualaikum...

Sempena Ramadhan yang kini tiba, saya merasakan apa salahnya sekiranya sekali sekala menulis post kali ini di dalam bahasa ibunda.Mungkin,dengan berwajah baru(acece..cam brita harian lak),mungkin ada eloknya,insyaAllah.

Kini,baru saya mempunyai masa untuk menulis post mengenai bulan Ramadhan al-Mubarak ini.Alhamdulillah,kita masih dikurnia Allah nafas untuk terus berjumpa dengan bulan yang penuh barakah ini.SubhanAllah.Kurnia Allah ini adalah satu rahmat dan kita harus mensyukurinya.

Diceritakan,para sahabat Rasulullah pada dahulu kala,tidak pernah berdoa pada Allah untuk dilanjutkan usia,malah mereka mengharapkan Allah mematikan mereka dalam Syahid,berjuang di jalan Allah.Namun,tatkala munculnya Syahru Ramadhan,mereka meminta pada Allah untuk terus dikurniakan nafas untuk berjumpa dengan Ramadhan.SubhanAllah.

Ada apa dengan Ramadhan??
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"(al-baqarah,2:183)

Agaknya kan,apa yang Allah expect dari kita apabila kita berpuasa ek?Adakah Dia ingin menguji kita dengan hanya berlapar dan dahaga sahaja?Para pembaca yang dirahmati Allah, kita diwajibkan berpuasa oleh Allah agar kita berTAKWA.

Takwa...apa yang kita tahu mengenai takwa??Secara mudahnya,takwa adalah melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangannya dengan penuh taat.Ia nya ibarat berjalan di sebuah jalan yang penuh berduri,dan kita akan senantiasa berhati-hati agar tidak memijak duri-duri itu.SubhanAllah.Takwa ini merupakan suatu sifat yang dituntut di dalam Islam.Bayangkan,segala perkara yang baik-baik ini terletak pada takwa dan tidak ada satu pun benda yang buruk di dalam takwa.Sekiranya,kita bertakwa pada Allah nescaya kita akan disayangiNya.InsyaAllah.

Maka,selalulah kita mendengar bahawa kita harus meninggalkan kemungkaran dan mempertingkatkan ibadah di dalam bulan Ramadhan yang dikurniakan oleh Allah ini.Bulan ini adalah ibarat Mega Sales yang Allah kita beri dan inilah yang kita perlu kejari.InsyaAllah,selepas bulan mubarak ini,kita akan beransur-ansur untuk berubah.Alhamdulillah,sekiranya kita dapat berubah.

Teringat,bila baca novel Hijab Sang Pencinta,laksamana Sunan sentiasa menawarkan musuhnya agar kembali ke jalan yang benar.
"Wahai pengikut Taghut,mahukah engkau mendengar tawaran ku yang jauh lebih baik dari apa yang engkau;akukan ini".Bila baca statement Sunan ni,rasa cam bergegar je jantung nih.Cuba bayangkan kalau ada seseorang cakap macam tu kat anda semua.Kita da la menentang seseorang itu,tiba-tiba dia tawarkan jalan yang lurus.Astagfirullahal azim.

Begitu juga Allah.Allah ada menawarkan pada manusia yang beriman perkara yang baik agar kita masuk ke jalan yang benar.
"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui."(As-Saff,61:10-11).


Ingin saya simpulkan apa yang telah saya perkatakan sebelum ini.

  • Bersyukurlah kita kerana kita still dapat bertemu dengan Ramadhan al-Mubarak ini.
  • Rebutlah peluang ini untuk beribadat sebanyak boleh kepadaNya.Ia adalah bulan bonus.
  • Jadilah seorang Muttaqqin(orang yang bertakwa).
Sekian daripada saya.Semoga bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.Selamat beribadat wahai saudara-saudaraku.

p/s:Segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu disandarkan pada saya.Harap dimaafkan atas segala kekhilafan diri ini yang tak sempurna.Assalamualaikum.




3 comment(s):

Anonymous said...

Haikal,
Bagus tulisan tu. Terasa mcm tgh dgr cramah kat TV lak. Nak dgr Haikal cramah betul2, boleh r?

Hilman Nordin said...

hurm.. wat video kat youtube lah.. dgr haikal ceramah.. LOL!

'kalau orang Islam sendiri tak percaya dan yakin dengan Islam, siapa lagi? Islam itu syumul; dan orang Islam sebenarnya yang nampakkan seolah-olah Islam itu buruk di mata dunia'.

salam ramadhan.

orang minyak said...

hu3.insyaAllah.